Salam Perpaduan

Selamat bertemu di weblog JKP24@MPSJ. Adalah diharapkan blog ini dapat memanfaatkan para pengunjung terutamanya para penduduk yang menetap di dalam kawasan Zon 24 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sekiranya para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kemuskyilan berkenaan kawasan JKP 24 atau hal-hal di bawah bidang kuasa MPSJ bolehlah emel kepada jkp24mpsj@gmail.com atau loka@mpsj.gov.my atau melayari laman web MPSJ http://www.mpsj.gov.my/ .



Pengumuman

Para penduduk dinasihatkan mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda pada musim cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina mulai minggu keempat bulan Januari. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat apa-apa yang mencurigakan.



Friday, January 13, 2012

Pesta Ponggal 2012



Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan Pesta Ponggal. Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi di perkarangan Pangsapuri Sri Anggerik, Serdang Lama, Seri Kembangan. YB Ean Yong Hian Wah ADUN Seri Kembangan dan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang merupakan tetamu kehormat sambutan kaliini. Merekan dijangka tiba untuk menyempurnakan majlis pada pukul 12 tengahari.

Kelas Tuisyen

KELAS TUISYEN UNTUK MURID-MURID SEKOLAH RENDAH 2012

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 24 Majlis Perbandaran Subang Jaya akan mengadakan kelas tuisyen untuk murid-murid sekolah rendah pada tahun ini. Kelas tuisyen in akan dijalankan di Pusat Komuniti Rakyat JKP Zon 24, Jalan SB Indah 2, Tmn Sg. Besi Indah, Seri Kembangan.
Mata-mata pelajaran dan jadual waktu tuisyen tersebut  akan diadakan adalah seperti berikut:
Jadual Waktu                                  Mata Pelajaran          Darjah
        Khamis :  7:45pm – 9:15 pm        Bahasa Tamil               (Darjah 1 & 2)
        Sabtu :     9:30am-11:00am          English                          (Darjah 5 & 6)
        Sabtu:      5:00pm-6:30pm            Bahasa Melayu           (Darjah 3 & 4)
Murid-murid sekolah rendah yang menetap di zon 24 MPSJ (Tmn. Sg Besi Indah, Tmn Belimbing Indah, Serdang Lama, Mines) yang berminat boleh membuat pendaftaran pada hari  Sabtu, 14/1/2012, pukul 10pagi -11pagi di Pusat Komuniti Rakyat, Jalan SB Indah 2, Tmn Sg Besi Indah, Seri Kembangan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor Tel : 012 227 5874

Wednesday, December 28, 2011

Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik


Sebagai salah satu langkah memelihara alam sekitar pihak JKP zon 24 bersama Persatuan Penganut Buddha Serdang akan menganjurkan Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik.

Kempen dilancarkan oleh YB Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor pada pukul 8.30pagi, 29hb Dis 2011 di gelanggang bola keranjang Jalan SB Indah 1/2, Tmn Sg  Besi Indah. Program ini dapat dijalankan dengan sokongan dari Jawatankuasa Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik, beg-beg guna semula (non-woven reusable bags) akan diedarkan secara percuma kepada pengunjung-pengunjung pasar pagi Tmn Sg Besi Indah dan juga tempat tumpuan orang ramai di sekitar Seri Kembangan.

Monday, December 5, 2011

Program Belaian Kasih Educare 2011

Peranan JKP sebagai badan perantaraan antara pihak MPSJ dan penduduk setempat termasuk mengadakan program kebajikan untuk para penduduk terutama mereka yang kurang berkemampuan. Selaras dengan itu pihak JKP telah mengadakan satu program memberikan peralatan sekolah kepada murid-murid miskin di kawasan zon 24.
Majlis penyampaian untuk Program Belaian Kasih Educare telah diadakan pada 4hb Dis 2011 di balairaya JKP Zon 24. Ahli Majlis MPSJ Encik Loka Ng Sai Kai telah menyampaikan peralatan sekolah yang termasuk beg sekolah, kasut, alatulis dan botol minuman kepada setiap penerima.
   
 

 Peralatan sekolah yang telah disediakan untuk murid-murid miskin

Pendaftaran sebelum majlis bermula.

Ahli Majlis Encik Loka telah menyampaikan peralatan sekolah kepada para penerima.


Hadir bersama ialah penolong ketua kampung Seri Kembangan Encik Chong Piang Wah


Para penerima dan ibubapa mereka  menanti giliran untuk menerima peralatan sekolah.

Murid-murid ceria dan gembira dengan beg-beg baru mereka.

Perjumpaan Penduduk Jalan SB 2/12 dan 2/14

Sebagai usaha menangani isu keselamatan di Jalan SB Indah 2/12 dan 2/14, Taman Sg. Besi Indah, pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 24 MPSJ telah mengadakan satu sesi perjumpaan di kalangan penduduk yang menetap di jalan-jalan tersebut pada 24hb Nov 2011 di balairaya JKP zon 24. Lebih kurang 20 orang penduduk telah hadir untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempertingkatkan keselamatan para penduduk dan keluarga mereka.


Ahli Majlis merangkap Pengerusi JKP Zon 24 Encik Loka Ng Sai Kai telah hadir sama membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Sambutan Hari Deepavali 2011

Masyarakat pelbagai kaum telah bersama-sama hadir memeriahkan sambutan Hari Deepavali yang dianjurkan oleh JKP Zon 24 pada 29hb Okt 2011 bertempat di balairaya JKP Zon 24, Taman Sg Besi Indah. Turut hadir pada majlis sambutan ini ialah ADUN Seri Kembangan YB Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching dan Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai.


 YB Ean Yong dan Encik Loka telah bersama-sama melancarkan majlis sambutan malam itu dengan menyalakan "kutuvilaku".


 Majlis telah dimeriahkan dengan persembahan oleh adik-adik dari 3C MPSJ.






Para penduduk telah dihidangkan dengan pelbagai hidangan tradisional masyarakat India.

Tuesday, October 18, 2011

Pesta Tanglung Serdang 2011

Masyarakat di Seri Kembangan telah keluar beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan kebudayaan yang telah diadakan pada 10hb Sept 2011 di Pusat Perdagangan Seri Kembangan (PSK). Persembahan ini diadakan sempena Pesta Tanglung Serdang 2011 yang dianjurkan oleh JKP zon-zon 21-24 dan Pejabat Adun Seri Kembangan.


Ribuan penduduk yang hadir menyaksikan persembahan di jalan utama PSK.


YB Ean Yong Hian Wah dan ahli-ahli Majlis MPSJ, Ng Sze Han, Tai Cheng Heng, Chong Hoon Ming, Pooi Weng Keong serta Loka Ng Sai Kai turut hadir.


Kanak-kanak amat gembira dapat bermain dengan tanglung.

 Persembahan Wusyu juga disampaikan oleh para pelajar dari sekolah Cina tempatan.

Persembahan Gendang 24 Musim dari SJKC Serdang.