Salam Perpaduan

Selamat bertemu di weblog JKP24@MPSJ. Adalah diharapkan blog ini dapat memanfaatkan para pengunjung terutamanya para penduduk yang menetap di dalam kawasan Zon 24 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sekiranya para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kemuskyilan berkenaan kawasan JKP 24 atau hal-hal di bawah bidang kuasa MPSJ bolehlah emel kepada jkp24mpsj@gmail.com atau loka@mpsj.gov.my atau melayari laman web MPSJ http://www.mpsj.gov.my/ .



Pengumuman

Para penduduk dinasihatkan mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda pada musim cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina mulai minggu keempat bulan Januari. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat apa-apa yang mencurigakan.



Wednesday, December 28, 2011

Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik


Sebagai salah satu langkah memelihara alam sekitar pihak JKP zon 24 bersama Persatuan Penganut Buddha Serdang akan menganjurkan Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik.

Kempen dilancarkan oleh YB Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor pada pukul 8.30pagi, 29hb Dis 2011 di gelanggang bola keranjang Jalan SB Indah 1/2, Tmn Sg  Besi Indah. Program ini dapat dijalankan dengan sokongan dari Jawatankuasa Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik, beg-beg guna semula (non-woven reusable bags) akan diedarkan secara percuma kepada pengunjung-pengunjung pasar pagi Tmn Sg Besi Indah dan juga tempat tumpuan orang ramai di sekitar Seri Kembangan.

Monday, December 5, 2011

Program Belaian Kasih Educare 2011

Peranan JKP sebagai badan perantaraan antara pihak MPSJ dan penduduk setempat termasuk mengadakan program kebajikan untuk para penduduk terutama mereka yang kurang berkemampuan. Selaras dengan itu pihak JKP telah mengadakan satu program memberikan peralatan sekolah kepada murid-murid miskin di kawasan zon 24.
Majlis penyampaian untuk Program Belaian Kasih Educare telah diadakan pada 4hb Dis 2011 di balairaya JKP Zon 24. Ahli Majlis MPSJ Encik Loka Ng Sai Kai telah menyampaikan peralatan sekolah yang termasuk beg sekolah, kasut, alatulis dan botol minuman kepada setiap penerima.
   
 

 Peralatan sekolah yang telah disediakan untuk murid-murid miskin

Pendaftaran sebelum majlis bermula.

Ahli Majlis Encik Loka telah menyampaikan peralatan sekolah kepada para penerima.


Hadir bersama ialah penolong ketua kampung Seri Kembangan Encik Chong Piang Wah


Para penerima dan ibubapa mereka  menanti giliran untuk menerima peralatan sekolah.

Murid-murid ceria dan gembira dengan beg-beg baru mereka.

Perjumpaan Penduduk Jalan SB 2/12 dan 2/14

Sebagai usaha menangani isu keselamatan di Jalan SB Indah 2/12 dan 2/14, Taman Sg. Besi Indah, pihak Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 24 MPSJ telah mengadakan satu sesi perjumpaan di kalangan penduduk yang menetap di jalan-jalan tersebut pada 24hb Nov 2011 di balairaya JKP zon 24. Lebih kurang 20 orang penduduk telah hadir untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempertingkatkan keselamatan para penduduk dan keluarga mereka.


Ahli Majlis merangkap Pengerusi JKP Zon 24 Encik Loka Ng Sai Kai telah hadir sama membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Sambutan Hari Deepavali 2011

Masyarakat pelbagai kaum telah bersama-sama hadir memeriahkan sambutan Hari Deepavali yang dianjurkan oleh JKP Zon 24 pada 29hb Okt 2011 bertempat di balairaya JKP Zon 24, Taman Sg Besi Indah. Turut hadir pada majlis sambutan ini ialah ADUN Seri Kembangan YB Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching dan Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai.


 YB Ean Yong dan Encik Loka telah bersama-sama melancarkan majlis sambutan malam itu dengan menyalakan "kutuvilaku".


 Majlis telah dimeriahkan dengan persembahan oleh adik-adik dari 3C MPSJ.






Para penduduk telah dihidangkan dengan pelbagai hidangan tradisional masyarakat India.

Tuesday, October 18, 2011

Pesta Tanglung Serdang 2011

Masyarakat di Seri Kembangan telah keluar beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan kebudayaan yang telah diadakan pada 10hb Sept 2011 di Pusat Perdagangan Seri Kembangan (PSK). Persembahan ini diadakan sempena Pesta Tanglung Serdang 2011 yang dianjurkan oleh JKP zon-zon 21-24 dan Pejabat Adun Seri Kembangan.


Ribuan penduduk yang hadir menyaksikan persembahan di jalan utama PSK.


YB Ean Yong Hian Wah dan ahli-ahli Majlis MPSJ, Ng Sze Han, Tai Cheng Heng, Chong Hoon Ming, Pooi Weng Keong serta Loka Ng Sai Kai turut hadir.


Kanak-kanak amat gembira dapat bermain dengan tanglung.

 Persembahan Wusyu juga disampaikan oleh para pelajar dari sekolah Cina tempatan.

Persembahan Gendang 24 Musim dari SJKC Serdang.

Saturday, July 23, 2011

Penduduk Gusar Keselamatan Terancam


Penduduk Taman Sungai Besi Indah yang menghadiri majlis  dialog bersama penduduk yang dianjurkan oleh JKP Zon 24 telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap persekitaran perumahan mereka yang semakin berleluasa dengan kes-kes pecah rumah.

 Sebahagian penduduk yang hadir dialog bersama penduduk

Kebimbangan mereka telah disampaikan kepada pihak polis yang diwakili oleh Cif Inspektor Zam Zam dari polis IPD Serdang yang hadir bagi pihak OCPD Serdang Supt Abdul Razak Elias yang tidak dapat hadir. Banyak persoalan dan kebimbangan telah ditimbulkan oleh para penduduk dan mereka amat mengharapkan pihak polis dapat mempertingkatkan usaha untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan kejiranan mereka.

YB Ean Yong menyerahkan set keselamatan wisel untuk seorang penduduk yang hadir majlis dialog malam itu.

Turut hadir di majlis dialog ini termasuk ADUN Seri Kembangan  Ean Yong Hian Wah, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching, Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai, pegawai-pegawai pelbagai jabatan MPSJ dan ketua Balai Polis Tmn Sg besi Indah Sarjan Hamdan. Majlis dialog ini telah diberikan sambutan hangat oleh penduduk setempat. Lebih 250 orang penduduk telah menghadiri majlis dialog yang merekodkan kehadiran yang paling ramai di kawasan Serdang dalam tiga tahun ini untuk program yang sama.

Pihak JKP telah menyerahkan set keselamatan kepada penduduk yang manghadiri majlis dialog itu. Set keselamatan itu mengandungi satu wisel, kad dengan nombor-nombor telefon kecemasan dan tali lanyard. - JKP24MPSJ

Saturday, July 16, 2011

Dialog Bersama Penduduk


Salam Sejahtera Penduduk yang dihormati,

Sebagai usaha menangani beberapa isu yang dihadapi para penduduk terutamanya isu keselamatan di Taman Sg. Besi Indah dan kawasan sekitarnya, pihak JKP Zon 24 akan menganjurkan satu sesi Dialog Bersama Penduduk pada pukul 8.30 malam, Jumaat, 22hb Julai 2011 di Pusat Komuniti Rakyat JKP Zon 24, Jalan SB Indah 2, Tmn Sg. Besi Indah, Seri Kembangan.

Ahli-ahli panel untuk sesi dialog ini termasuk YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang), YB Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan), Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang dan wakil Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Semua penduduk dijemput hadir! Terima kasih!

*************************************************************************************************

Dear Residents,

As a continuous effort to address various issues, especially on safety and security issue currently faced by residents in Taman Sg. Besi Indah and surrounding areas, the MPSJ Residents Committee (JKP) for Zone 24 will be organizing a dialogue with residents at 8.30pm, Friday, 22 July 2011 at Pusat Komuniti Rakyat JKP Zon 24, Jalan SB Indah 2, Tmn Sg. Besi Indah, Seri Kembangan

Panellists expected to attend the dialogue session are YB Teo Nie Ching (Member of Parliament for Serdang), YB Ean Yong Hian Wah (Assemblyman for Seri Kembangan), Police from IPD Serdang and MPSJ representative.

All residents are invited to attend! Thank you!

Thursday, June 16, 2011

Persembahan Kebudayaan Hakka



JKP Zon 24 dengan kerjasama JKP Zon 21, 22 dan 23 serta pejabat ADUN Seri Kembangan dan parlimen Serdang telah menganjurkan Persembahan Kebudayaan Hakka pada 11 Jun 2011 di Jalan SK6/1, Seri Kembangan.


Di antara kumpulan yang mengambil bahagian dalam persembahan pada malam itu termasuk kumpulan kebudayaan dari bandar Hui Zhou, Guangdong, Negeri China. Bandar Hui Zhou mempunyai satu persamaan utama dengan Seri  Kembangan iaitu penduduknya ramai yang bertutur dalam dialek Hakka iaitu salah satu dialek utama di Malaysia dan juga Negeri China.


Persembahan malam itu telah mendapat sambutan meriah dari penduduk Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya. Adalah dianggarkan seramai 4,000 orang telah menyaksikan persembahan yang amat menarik pada malam itu yang juga telah memperkasakan kebudayaan masyarakat Cina Hakka di Seri Kembangan khasnya dan Malaysia secara amnya . Penduduk mulai berpusu-pusu ke hujung Jalan SK 6/1 sejak pukul 6.30 petang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan Hakka ini.



Kumpulan kebudayaan Hui Zhou yang didatangkan khas dari Negara China merupakan julung-julung kalinya ia memberikan persembahan di kampung baru ini. Sebuah pentas telah didirikan di tengah-tengah Jalan SK 6/1 khusus untuk persembahan kali ini.


Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah merangkap ADUN Seri Kembangan dan Ronnie Liu, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dan ADUN Lukut, Negri Sembilan Ean Yong Tin Sin. Turut hadir ialah ahli - ahli Majlis MPSJ iaitu Ng Sze Han, Tai Cheng Heng, Chong Hoon Ming dan Loka Ng Sai Kai serta ketua kampung Seri Kembangan. - JKP 24 MPSJ

Monday, April 11, 2011

Pangsapuri kos rendah Tmn Sg Besi Indah

Pangsapuri kos rendah di Taman Sg Besi Indah memerlukan suatu proses pemulihan secara berperingkat agar penghuni-penghuni di dua blok bangunan berkenaan mempunyai persekitaran yang lebih baik dan bersih.


Pelbagai permasalahan yang dihadapi penduduk-penduduk pangsapuri di banyak tempat terutamanya yang kos rendah juga dihadapi penduduk di sini. Bayaran untuk penyelenggaraan bangunan banyak tertunggak kerana ramai yang tidak membayarnya. Ini menyebabkan hutang telah mencecah ratusan ribu dan Lembaga Pengurusan Bersama (JMB) pula tidak berfungsi.

Pangsapuri ini yang sudah menjangkau duapuluh tahun nampak sayu kerana cat sudah lama pudar dan sampah pula dibuang secara terbuka. Bumbung telah ditumbuhi pohon-pohon kecil dan sudah bocor. Tangga yang digunakan untuk naik ke tingkat atas dalam bangunan lima tingkat ini ada juga yang telah rosak.


Sebagai usaha untuk memulih dan menyerikan dua blok pangsapuri ini, ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai telah memulakan langkah dengan menjalankan beberapa lawatan ke pangsapuri ini dan berjumpa dengan pihak penduduk untuk memahami masalah yang dihadapi mereka.


Pihak Alam Flora telah diminta membersihkan sampah longgok serta memberi pantauan yang lebih kerap terhadap kawasan ini manakala pelbagai jabatan di MPSJ telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian.

Permohonan juga telah dipanjangkan kepada pihak kerajaan negeri Selangor untuk menggunakan Tabung Pemulihan Rumah Kos Rendah untuk membantu pengsapuri ini seperti mengecat semula dan juga membaiki bumbung yang rosak. - JKP24MPSJ

Sunday, April 10, 2011

Pelan Tindakan Tangani Banjir Kilat

Masalah banjir kilat di kawasan Serdang Lama akan ditangani secara bersepadu oleh beberapa agensi yang berkaitan. Satu pelan tindakan telah dipersetujui oleh semua yang hadir dalam satu mesyuarat yang telah diadakan di Majlis Perbandaran Kajang baru-baru ini.

Lawatan tapak pada 18 Mac 2011 oleh pelbagai agensi berkaitan turut dihadiri Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching
Antara agensi yang hadir termasuk wakil-wakil dari MPKj, MPSJ, Besraya, JPS Petaling dan Jabatan Alam Sekitar Selangor. Mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis MPKj Dato' Noorhisham turut dihadiri Ahli Majlis MPKj Lee kee Hiong dan Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai.

Kerja-kerja pencegahan akan dimulakan oleh JPS pada pertengahan bulan April dengan mendalamkan longkang besar yang mengalir ke Sungai Kuyow di sebelah Sri Serdang. Mendapan dan kelodak akan dikorek dan dikeluarkan dari longkang tersebut agar aliran air lebih cepat.

Longkang yang dipenuhi sisa-sisa minyak- Gambar 18 Mac 2011

Pihak JAS dan pihak penguatkuasa MPKj pula akan memantau kilang-kilang di sebelah kawasan Desa Serdang agar tidak mencemarkan saliran akibat pembuangan sisa-sisa minyak ke dalam longkang yang menjadi sempadan antara MPKj dan MPSJ. MPKj juga akan memasang "rubbish trap" agar sampah tidak menjadi punca "culvert" di bawah lebuhraya Besraya tersumbat.

Pihak Besraya pula bersetuju membersihkan "culvert" di bawah lebuhraya yang telah tersumbat yang menyebabkan banjir kilat apabila hujan lebat.

Adalah diharapkan dengan kerjasama dan tindakan bersepadu ini, masalah banjir kilat di Serdang Lama akan ditangani dalam masa terdekat.- JKP24MPSJ

Thursday, March 10, 2011

Buang sampah, buang duit

Sikap masyarakat yang tidak bertanggung jawab dengan membuang sampah sarap merata-rata akhirnya akan merugikan diri sendiri.

Apabila sampah yang dibuang secara tidak teratur dan mengakibatkan longkang ataupun saliran tersumbat, akibatnya ialah banjir kilat yang mungkin berlaku dan merugikan diri sendiri apabila air banjir menyebabkan kerosakan dan kehilangan harta benda.Kemungkinan nyawa juga akan tergadai akibat banjir.

Semakin banyak sampah domestik, sisa binaan dan perabut usang dibuang merata-rata, maka semakin banyak kerja-kerja pembersihan perlu dijalankan. Ini bermakna kos pembersihan dan kutipan sampah akan meningkat kerana memerlukan lebih ramai pekerja dan pengangkutan untuk sampah sarap. Akhirnya pembayar cukai sendiri yang akan tanggung. - JKP24MPSJ

Wednesday, February 16, 2011

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina JKP 2011


Hujan lebat yang turun selama dua jam tidak menjadi halangan kepada sekitar 500 orang penduduk tempatan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di kawasan balairaya JKP zon 24 di Tmn Sg Besi Indah pada 13 Feb 2011.

Majlis anjuran JKP zon 24 telah diserikan dengan kehadiran Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Kedua-dua wakil rakyat juga mengedarkan buah mandarin dan biskut kepada semua hadirin. Kanak-kanak yang hadir juga menerima angpau dari mereka.

Antara program menarik termasuk persembahan Tarian Singa, tarian kanak-kanak dan nyanyian lagu oleh sepuluh penyanyi tempatan. Ahli majlis dan Pengerusi JKP Zon 24 Loka Ng Sai Kai turut bersama kedua-dua wakil rakyat menyatakan tanda penghargaan mereka kepada para penduduk yang hadir melalui cara tradisi masyarakat Cina iaitu ucapan yamseng dengan teh cina!

Yamseng dengan teh cina!
( Dari kiri: En. Lai Yok Long, Ahli Majlis  En. Tai Cheng Heng, YB Teo, YB Ean Yong, En. Loka dan En. Lim Jean Liam)
Gambar ehsan Pejabat Adun SK)

Kanak-kanak juga menerima angpau dari YB Ean Yong

Suasana meriah sambutan Tahun Baru Cina JKP 24

 Tarian oleh kanak-kanak (Gambar ehsan Selangor Times)

 YB Ean Yong (ketiga dari kanan), YB Teo ( tengah), ahli Majlis Loka (kedua dari kiri) bersama pemimpin tempatan menyempurnakan hidangan makanan "yee sang" (Gambar ehsan Selangor Times)

YB Ean Yong mengedarkan biskut kepada para penduduk (Gambar ehsan Selangor Times)

Penduduk mendapatkan hidangan dengan teratur dan bersopan-santun
(Gambar ehsan Pejabat Adun Seri Kembangan)

Monday, January 24, 2011

Program Belaian Kasih Educare

Pihak JKP Zon 24 telah menghulurkan bantuan peralatan sekolah kepada murid-murid miskin di kawasan Zon 24 pada 23hb Jan 2011 di Pusat Komuniti Rakyat JKP di Tman Sg. Besi Indah. Seramai 65 murid miskin telah dipilih untuk menerima bantuan beg sekolah, alat-alat tulis dan juga baucar bernilai RM20.00 setiap orang.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah. Turut hadir menyampaikan bantuan ialah Ahli Majlis merangkap Pengerusi JKP Zon 24 Loka Ng Sai Kai dan timbalan pengerusi JKP Lai Yok Loong.

 Program Belaian Kasih Educare yang dianjurkan oleh JKP Zon 24

 Ahli Majlis Loka Ng Sai Kai menasihatkan murid-murid agar mengutamakan pendidikan mereka.

 YB Ean Yong menyampaikan peralatan sekolah kepada murid sekolah dari kawasan Zon 24

 Sebahagian dari penerima bantuan dalam gambar kumpulan bersama YB Ean Yong dan ahli-ahli JKP

Ahli-ahli JKP yang hadir semasa program bersama YB Ean Yong