Salam Perpaduan

Selamat bertemu di weblog JKP24@MPSJ. Adalah diharapkan blog ini dapat memanfaatkan para pengunjung terutamanya para penduduk yang menetap di dalam kawasan Zon 24 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sekiranya para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kemuskyilan berkenaan kawasan JKP 24 atau hal-hal di bawah bidang kuasa MPSJ bolehlah emel kepada jkp24mpsj@gmail.com atau loka@mpsj.gov.my atau melayari laman web MPSJ http://www.mpsj.gov.my/ .



Pengumuman

Para penduduk dinasihatkan mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda pada musim cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina mulai minggu keempat bulan Januari. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat apa-apa yang mencurigakan.



Monday, January 24, 2011

Program Belaian Kasih Educare

Pihak JKP Zon 24 telah menghulurkan bantuan peralatan sekolah kepada murid-murid miskin di kawasan Zon 24 pada 23hb Jan 2011 di Pusat Komuniti Rakyat JKP di Tman Sg. Besi Indah. Seramai 65 murid miskin telah dipilih untuk menerima bantuan beg sekolah, alat-alat tulis dan juga baucar bernilai RM20.00 setiap orang.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah. Turut hadir menyampaikan bantuan ialah Ahli Majlis merangkap Pengerusi JKP Zon 24 Loka Ng Sai Kai dan timbalan pengerusi JKP Lai Yok Loong.

 Program Belaian Kasih Educare yang dianjurkan oleh JKP Zon 24

 Ahli Majlis Loka Ng Sai Kai menasihatkan murid-murid agar mengutamakan pendidikan mereka.

 YB Ean Yong menyampaikan peralatan sekolah kepada murid sekolah dari kawasan Zon 24

 Sebahagian dari penerima bantuan dalam gambar kumpulan bersama YB Ean Yong dan ahli-ahli JKP

Ahli-ahli JKP yang hadir semasa program bersama YB Ean Yong

Sunday, January 16, 2011

Pihak Besraya dan JPS perlu ambil berat

Setiap kali hujan lebat berlaku, penduduk di Serdang Lama akan memberi lebih perhatian kepada air yang mengalir di longkang dan juga jalan di depan rumah mereka. Ini disebabkan  penduduk di kawasan ini selalu berdepan dengan ancaman banjir setiap kali hujan lebat. Masalah ini telahpun wujud sejak beberapa tahun yang lepas.
Air yang mengalir melalui parit ini ( di bawah MPKj) yang terletak di sempadan pentadbiran MPSJ dan MPKj akan melalui culvert Lebuhraya Besraya.

Punca banjir kilat ini telah dikesan kepada dua punca utama. Pertamanya, culvert di bawa Lebuhraya Besraya telah lama tersumbat dengan sampah sarap mengakibatkan aliran air tidak lancar dan tertakung.


 Culvert di bawah Lebuhraya Besraya yang telah lama tersumbat dan perlu dibersihkan oleh pihak berkaitan

Keduanya ialah parit yang mengalir ke Sungai Kuyuh di kawasan Seri Serdang berdekatan Petronas  telah dipenuhi kelodak dan mendapan yang menyebabkan parit menjadi cetek dan keupayaan aliran yang tidak mencukupi. Akibatnya aliran air menjadi perlahan dan tersekat. Parit berkenaan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

 Parit JPS yang dipenuhi kelodak dan mendapan perlu dikorek dan diperdalamkan oleh JPS untuk menambahkan keupayaan aliran.

Ahli Majlis Loka Ng Sai Kai dalam lawatan tapak bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Kejuruteraan MPSJ pada 12hb Jan 2011 telah mengenalpasti masalah dan juga jalan penyelesaian kepada punca banjir di kawasan Serdang Lama. Sampah sarap di dalam culvert Besraya mestilah dibersihkan dan parit JPS di Seri Serdang hendaklah dikorek untuk mengeluarkan kelodak dan mendapan. Kedua-dua langkah ini mestilah dijalankan serentak kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah aliran tersekat sekiranya hanya satu pihak sahaja menjalankan usaha pembersihan pada masa-masa tertentu.

 Air dari parit JPS  mengalir ke Sungai Kuyuh di Seri Serdang

Adalah diharapkan pihak Besraya dan JPS akan menjalankan perkara yang wajib dan sepatutnya agar permasalahan banjir di Serdang Lama akan diselesaikan secepat mungkin.

Pihak MPSJ akan terus membawa isu ini kepada pihak berkenaan agar mereka mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan memberikan perhatian yang lebih serius kepada isu ini agar ancaman banjir ini dapat dibendung dan dikawal. - JKP24MPSJ

Pesta Ponggal 2011

Pihak JKP telah berjaya menganjurkan sambutan Pesta Ponggal di Pangsapuri Anggerik, Serdang Lama pada Ahad, 16 Jan 2011. Pesta telah dimulakan dengan masakan Ponggal oleh sekumpulan kaum wanita yang mula membuat persediaan sejak awal pagi lagi. Masakan Ponggal merupakan aktiviti tradisional orang-orang India sejak dulu lagi selepas musim menuai.

Pemenang-pemenang hadiah dengan YB Teo dan dif-dif kehormat


Perkataan Ponggal membawa makna mendidih sehingga melimpah keluar apabila memasak nasi susu dalam periuk tanah liat. Antara ramuan yang digunakan untuk masakan ini ialah beras, susu, buah gajus, buah kismis dan gula merah.

 Peserta sedang memasak Ponggal

Selain dari kaum wanita yang begitu riang dan sukahati dengan aktiviti masakan Ponggal, kanak-kanak juga amat gembira sekali kerana dapat mengambil bahagian dalam beberapa permainan kanak-kanak. Pihak penganjur telah menyediakan hadiah kepada semua pemenang dan peserta.

Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai menghadiahkan coklat kepada kanak-kanak yang hadir


Acara menarik pada penghujung program ialah pertandingan memecah periuk untuk kaum wanita dan lelaki.


 Ahli Majlis Loka SK Ng bersama semua peserta masakan Ponggal


 Dua peserta menjamu nasi susu yang dimasak mereka


 Kanak-kanak yang riang ria semasa Pesta Ponggal

 Tiup, tiup, tiup sampai letup!

 Mencari-cari periuk tetapi tidak mengena.

 Ku dapat carimu akhirnya periuk, akanku pecahkan.

 Boom! Aku berjaya. Hadiah menanti untuk pemenang ni


 Selamat menyambut Hari Ponggal - YB Teo

Wakil penganjur, Gopal menyampaikan hadiah kepada pemenang

 Ahli Majlis MPSJ Ng Sze Han menyampaikan hadiah kepada pemenang

Ketua Kampung Serdang menyampaikan hadiah

Di antara tetamu kehormat yang hadir sama meraikan sambutan Ponggal ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Ketua Kampung Serdang, Ahli-ahli Majlis MPSJ Ng Sze Han dan Loka Ng Sai Kai yang juga merupakan Pengerusi JKP Zon 24 yang menganjurkan program kali ini. - JKP24MPSJ

Ahli Majlis Loka SK Ng mengucapkan tahniah kepada peserta memasak Ponggal

YB Teo menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memecah periuk