Salam Perpaduan

Selamat bertemu di weblog JKP24@MPSJ. Adalah diharapkan blog ini dapat memanfaatkan para pengunjung terutamanya para penduduk yang menetap di dalam kawasan Zon 24 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sekiranya para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kemuskyilan berkenaan kawasan JKP 24 atau hal-hal di bawah bidang kuasa MPSJ bolehlah emel kepada jkp24mpsj@gmail.com atau loka@mpsj.gov.my atau melayari laman web MPSJ http://www.mpsj.gov.my/ .



Pengumuman

Para penduduk dinasihatkan mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda pada musim cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina mulai minggu keempat bulan Januari. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat apa-apa yang mencurigakan.



Sunday, January 16, 2011

Pesta Ponggal 2011

Pihak JKP telah berjaya menganjurkan sambutan Pesta Ponggal di Pangsapuri Anggerik, Serdang Lama pada Ahad, 16 Jan 2011. Pesta telah dimulakan dengan masakan Ponggal oleh sekumpulan kaum wanita yang mula membuat persediaan sejak awal pagi lagi. Masakan Ponggal merupakan aktiviti tradisional orang-orang India sejak dulu lagi selepas musim menuai.

Pemenang-pemenang hadiah dengan YB Teo dan dif-dif kehormat


Perkataan Ponggal membawa makna mendidih sehingga melimpah keluar apabila memasak nasi susu dalam periuk tanah liat. Antara ramuan yang digunakan untuk masakan ini ialah beras, susu, buah gajus, buah kismis dan gula merah.

 Peserta sedang memasak Ponggal

Selain dari kaum wanita yang begitu riang dan sukahati dengan aktiviti masakan Ponggal, kanak-kanak juga amat gembira sekali kerana dapat mengambil bahagian dalam beberapa permainan kanak-kanak. Pihak penganjur telah menyediakan hadiah kepada semua pemenang dan peserta.

Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai menghadiahkan coklat kepada kanak-kanak yang hadir


Acara menarik pada penghujung program ialah pertandingan memecah periuk untuk kaum wanita dan lelaki.


 Ahli Majlis Loka SK Ng bersama semua peserta masakan Ponggal


 Dua peserta menjamu nasi susu yang dimasak mereka


 Kanak-kanak yang riang ria semasa Pesta Ponggal

 Tiup, tiup, tiup sampai letup!

 Mencari-cari periuk tetapi tidak mengena.

 Ku dapat carimu akhirnya periuk, akanku pecahkan.

 Boom! Aku berjaya. Hadiah menanti untuk pemenang ni


 Selamat menyambut Hari Ponggal - YB Teo

Wakil penganjur, Gopal menyampaikan hadiah kepada pemenang

 Ahli Majlis MPSJ Ng Sze Han menyampaikan hadiah kepada pemenang

Ketua Kampung Serdang menyampaikan hadiah

Di antara tetamu kehormat yang hadir sama meraikan sambutan Ponggal ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Ketua Kampung Serdang, Ahli-ahli Majlis MPSJ Ng Sze Han dan Loka Ng Sai Kai yang juga merupakan Pengerusi JKP Zon 24 yang menganjurkan program kali ini. - JKP24MPSJ

Ahli Majlis Loka SK Ng mengucapkan tahniah kepada peserta memasak Ponggal

YB Teo menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memecah periuk

No comments:

Post a Comment