Salam Perpaduan

Selamat bertemu di weblog JKP24@MPSJ. Adalah diharapkan blog ini dapat memanfaatkan para pengunjung terutamanya para penduduk yang menetap di dalam kawasan Zon 24 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sekiranya para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kemuskyilan berkenaan kawasan JKP 24 atau hal-hal di bawah bidang kuasa MPSJ bolehlah emel kepada jkp24mpsj@gmail.com atau loka@mpsj.gov.my atau melayari laman web MPSJ http://www.mpsj.gov.my/ .



Pengumuman

Para penduduk dinasihatkan mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda pada musim cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina mulai minggu keempat bulan Januari. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat apa-apa yang mencurigakan.



Thursday, June 16, 2011

Persembahan Kebudayaan Hakka



JKP Zon 24 dengan kerjasama JKP Zon 21, 22 dan 23 serta pejabat ADUN Seri Kembangan dan parlimen Serdang telah menganjurkan Persembahan Kebudayaan Hakka pada 11 Jun 2011 di Jalan SK6/1, Seri Kembangan.


Di antara kumpulan yang mengambil bahagian dalam persembahan pada malam itu termasuk kumpulan kebudayaan dari bandar Hui Zhou, Guangdong, Negeri China. Bandar Hui Zhou mempunyai satu persamaan utama dengan Seri  Kembangan iaitu penduduknya ramai yang bertutur dalam dialek Hakka iaitu salah satu dialek utama di Malaysia dan juga Negeri China.


Persembahan malam itu telah mendapat sambutan meriah dari penduduk Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya. Adalah dianggarkan seramai 4,000 orang telah menyaksikan persembahan yang amat menarik pada malam itu yang juga telah memperkasakan kebudayaan masyarakat Cina Hakka di Seri Kembangan khasnya dan Malaysia secara amnya . Penduduk mulai berpusu-pusu ke hujung Jalan SK 6/1 sejak pukul 6.30 petang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan Hakka ini.



Kumpulan kebudayaan Hui Zhou yang didatangkan khas dari Negara China merupakan julung-julung kalinya ia memberikan persembahan di kampung baru ini. Sebuah pentas telah didirikan di tengah-tengah Jalan SK 6/1 khusus untuk persembahan kali ini.


Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah merangkap ADUN Seri Kembangan dan Ronnie Liu, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dan ADUN Lukut, Negri Sembilan Ean Yong Tin Sin. Turut hadir ialah ahli - ahli Majlis MPSJ iaitu Ng Sze Han, Tai Cheng Heng, Chong Hoon Ming dan Loka Ng Sai Kai serta ketua kampung Seri Kembangan. - JKP 24 MPSJ