Salam Perpaduan

Selamat bertemu di weblog JKP24@MPSJ. Adalah diharapkan blog ini dapat memanfaatkan para pengunjung terutamanya para penduduk yang menetap di dalam kawasan Zon 24 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sekiranya para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kemuskyilan berkenaan kawasan JKP 24 atau hal-hal di bawah bidang kuasa MPSJ bolehlah emel kepada jkp24mpsj@gmail.com atau loka@mpsj.gov.my atau melayari laman web MPSJ http://www.mpsj.gov.my/ .



Pengumuman

Para penduduk dinasihatkan mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda pada musim cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina mulai minggu keempat bulan Januari. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat apa-apa yang mencurigakan.



Wednesday, February 16, 2011

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina JKP 2011


Hujan lebat yang turun selama dua jam tidak menjadi halangan kepada sekitar 500 orang penduduk tempatan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di kawasan balairaya JKP zon 24 di Tmn Sg Besi Indah pada 13 Feb 2011.

Majlis anjuran JKP zon 24 telah diserikan dengan kehadiran Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Kedua-dua wakil rakyat juga mengedarkan buah mandarin dan biskut kepada semua hadirin. Kanak-kanak yang hadir juga menerima angpau dari mereka.

Antara program menarik termasuk persembahan Tarian Singa, tarian kanak-kanak dan nyanyian lagu oleh sepuluh penyanyi tempatan. Ahli majlis dan Pengerusi JKP Zon 24 Loka Ng Sai Kai turut bersama kedua-dua wakil rakyat menyatakan tanda penghargaan mereka kepada para penduduk yang hadir melalui cara tradisi masyarakat Cina iaitu ucapan yamseng dengan teh cina!

Yamseng dengan teh cina!
( Dari kiri: En. Lai Yok Long, Ahli Majlis  En. Tai Cheng Heng, YB Teo, YB Ean Yong, En. Loka dan En. Lim Jean Liam)
Gambar ehsan Pejabat Adun SK)

Kanak-kanak juga menerima angpau dari YB Ean Yong

Suasana meriah sambutan Tahun Baru Cina JKP 24

 Tarian oleh kanak-kanak (Gambar ehsan Selangor Times)

 YB Ean Yong (ketiga dari kanan), YB Teo ( tengah), ahli Majlis Loka (kedua dari kiri) bersama pemimpin tempatan menyempurnakan hidangan makanan "yee sang" (Gambar ehsan Selangor Times)

YB Ean Yong mengedarkan biskut kepada para penduduk (Gambar ehsan Selangor Times)

Penduduk mendapatkan hidangan dengan teratur dan bersopan-santun
(Gambar ehsan Pejabat Adun Seri Kembangan)