Masalah banjir kilat di kawasan Serdang Lama akan ditangani secara bersepadu oleh beberapa agensi yang berkaitan. Satu pelan tindakan telah dipersetujui oleh semua yang hadir dalam satu mesyuarat yang telah diadakan di Majlis Perbandaran Kajang baru-baru ini.
Lawatan tapak pada 18 Mac 2011 oleh pelbagai agensi berkaitan turut dihadiri Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching
Antara agensi yang hadir termasuk wakil-wakil dari MPKj, MPSJ, Besraya, JPS Petaling dan Jabatan Alam Sekitar Selangor. Mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis MPKj Dato' Noorhisham turut dihadiri Ahli Majlis MPKj Lee kee Hiong dan Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai.
Kerja-kerja pencegahan akan dimulakan oleh JPS pada pertengahan bulan April dengan mendalamkan longkang besar yang mengalir ke Sungai Kuyow di sebelah Sri Serdang. Mendapan dan kelodak akan dikorek dan dikeluarkan dari longkang tersebut agar aliran air lebih cepat.
Longkang yang dipenuhi sisa-sisa minyak- Gambar 18 Mac 2011
Pihak JAS dan pihak penguatkuasa MPKj pula akan memantau kilang-kilang di sebelah kawasan Desa Serdang agar tidak mencemarkan saliran akibat pembuangan sisa-sisa minyak ke dalam longkang yang menjadi sempadan antara MPKj dan MPSJ. MPKj juga akan memasang "rubbish trap" agar sampah tidak menjadi punca "culvert" di bawah lebuhraya Besraya tersumbat.
Pihak Besraya pula bersetuju membersihkan "culvert" di bawah lebuhraya yang telah tersumbat yang menyebabkan banjir kilat apabila hujan lebat.
Adalah diharapkan dengan kerjasama dan tindakan bersepadu ini, masalah banjir kilat di Serdang Lama akan ditangani dalam masa terdekat.- JKP24MPSJ
No comments:
Post a Comment