Salam Perpaduan

Selamat bertemu di weblog JKP24@MPSJ. Adalah diharapkan blog ini dapat memanfaatkan para pengunjung terutamanya para penduduk yang menetap di dalam kawasan Zon 24 Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sekiranya para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kemuskyilan berkenaan kawasan JKP 24 atau hal-hal di bawah bidang kuasa MPSJ bolehlah emel kepada jkp24mpsj@gmail.com atau loka@mpsj.gov.my atau melayari laman web MPSJ http://www.mpsj.gov.my/ .



Pengumuman

Para penduduk dinasihatkan mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda pada musim cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina mulai minggu keempat bulan Januari. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat apa-apa yang mencurigakan.



Saturday, July 23, 2011

Penduduk Gusar Keselamatan Terancam


Penduduk Taman Sungai Besi Indah yang menghadiri majlis  dialog bersama penduduk yang dianjurkan oleh JKP Zon 24 telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap persekitaran perumahan mereka yang semakin berleluasa dengan kes-kes pecah rumah.

 Sebahagian penduduk yang hadir dialog bersama penduduk

Kebimbangan mereka telah disampaikan kepada pihak polis yang diwakili oleh Cif Inspektor Zam Zam dari polis IPD Serdang yang hadir bagi pihak OCPD Serdang Supt Abdul Razak Elias yang tidak dapat hadir. Banyak persoalan dan kebimbangan telah ditimbulkan oleh para penduduk dan mereka amat mengharapkan pihak polis dapat mempertingkatkan usaha untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan kejiranan mereka.

YB Ean Yong menyerahkan set keselamatan wisel untuk seorang penduduk yang hadir majlis dialog malam itu.

Turut hadir di majlis dialog ini termasuk ADUN Seri Kembangan  Ean Yong Hian Wah, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching, Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai, pegawai-pegawai pelbagai jabatan MPSJ dan ketua Balai Polis Tmn Sg besi Indah Sarjan Hamdan. Majlis dialog ini telah diberikan sambutan hangat oleh penduduk setempat. Lebih 250 orang penduduk telah menghadiri majlis dialog yang merekodkan kehadiran yang paling ramai di kawasan Serdang dalam tiga tahun ini untuk program yang sama.

Pihak JKP telah menyerahkan set keselamatan kepada penduduk yang manghadiri majlis dialog itu. Set keselamatan itu mengandungi satu wisel, kad dengan nombor-nombor telefon kecemasan dan tali lanyard. - JKP24MPSJ

No comments:

Post a Comment