Penduduk Taman Sungai Besi Indah yang menghadiri majlis dialog bersama penduduk yang dianjurkan oleh JKP Zon 24 telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap persekitaran perumahan mereka yang semakin berleluasa dengan kes-kes pecah rumah.
Sebahagian penduduk yang hadir dialog bersama penduduk
Kebimbangan mereka telah disampaikan kepada pihak polis yang diwakili oleh Cif Inspektor Zam Zam dari polis IPD Serdang yang hadir bagi pihak OCPD Serdang Supt Abdul Razak Elias yang tidak dapat hadir. Banyak persoalan dan kebimbangan telah ditimbulkan oleh para penduduk dan mereka amat mengharapkan pihak polis dapat mempertingkatkan usaha untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan kejiranan mereka.
YB Ean Yong menyerahkan set keselamatan wisel untuk seorang penduduk yang hadir majlis dialog malam itu.
Turut hadir di majlis dialog ini termasuk ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching, Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai, pegawai-pegawai pelbagai jabatan MPSJ dan ketua Balai Polis Tmn Sg besi Indah Sarjan Hamdan. Majlis dialog ini telah diberikan sambutan hangat oleh penduduk setempat. Lebih 250 orang penduduk telah menghadiri majlis dialog yang merekodkan kehadiran yang paling ramai di kawasan Serdang dalam tiga tahun ini untuk program yang sama.
Pihak JKP telah menyerahkan set keselamatan kepada penduduk yang manghadiri majlis dialog itu. Set keselamatan itu mengandungi satu wisel, kad dengan nombor-nombor telefon kecemasan dan tali lanyard. - JKP24MPSJ