Sikap masyarakat yang tidak bertanggung jawab dengan membuang sampah sarap merata-rata akhirnya akan merugikan diri sendiri.
Apabila sampah yang dibuang secara tidak teratur dan mengakibatkan longkang ataupun saliran tersumbat, akibatnya ialah banjir kilat yang mungkin berlaku dan merugikan diri sendiri apabila air banjir menyebabkan kerosakan dan kehilangan harta benda.Kemungkinan nyawa juga akan tergadai akibat banjir.
Semakin banyak sampah domestik, sisa binaan dan perabut usang dibuang merata-rata, maka semakin banyak kerja-kerja pembersihan perlu dijalankan. Ini bermakna kos pembersihan dan kutipan sampah akan meningkat kerana memerlukan lebih ramai pekerja dan pengangkutan untuk sampah sarap. Akhirnya pembayar cukai sendiri yang akan tanggung. - JKP24MPSJ