Setiap kali hujan lebat berlaku, penduduk di Serdang Lama akan memberi lebih perhatian kepada air yang mengalir di longkang dan juga jalan di depan rumah mereka. Ini disebabkan penduduk di kawasan ini selalu berdepan dengan ancaman banjir setiap kali hujan lebat. Masalah ini telahpun wujud sejak beberapa tahun yang lepas.
Air yang mengalir melalui parit ini ( di bawah MPKj) yang terletak di sempadan pentadbiran MPSJ dan MPKj akan melalui culvert Lebuhraya Besraya.
Punca banjir kilat ini telah dikesan kepada dua punca utama. Pertamanya, culvert di bawa Lebuhraya Besraya telah lama tersumbat dengan sampah sarap mengakibatkan aliran air tidak lancar dan tertakung.
Culvert di bawah Lebuhraya Besraya yang telah lama tersumbat dan perlu dibersihkan oleh pihak berkaitan
Keduanya ialah parit yang mengalir ke Sungai Kuyuh di kawasan Seri Serdang berdekatan Petronas telah dipenuhi kelodak dan mendapan yang menyebabkan parit menjadi cetek dan keupayaan aliran yang tidak mencukupi. Akibatnya aliran air menjadi perlahan dan tersekat. Parit berkenaan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Parit JPS yang dipenuhi kelodak dan mendapan perlu dikorek dan diperdalamkan oleh JPS untuk menambahkan keupayaan aliran.
Ahli Majlis Loka Ng Sai Kai dalam lawatan tapak bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Kejuruteraan MPSJ pada 12hb Jan 2011 telah mengenalpasti masalah dan juga jalan penyelesaian kepada punca banjir di kawasan Serdang Lama. Sampah sarap di dalam culvert Besraya mestilah dibersihkan dan parit JPS di Seri Serdang hendaklah dikorek untuk mengeluarkan kelodak dan mendapan. Kedua-dua langkah ini mestilah dijalankan serentak kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah aliran tersekat sekiranya hanya satu pihak sahaja menjalankan usaha pembersihan pada masa-masa tertentu.
Air dari parit JPS mengalir ke Sungai Kuyuh di Seri Serdang
Adalah diharapkan pihak Besraya dan JPS akan menjalankan perkara yang wajib dan sepatutnya agar permasalahan banjir di Serdang Lama akan diselesaikan secepat mungkin.
Pihak MPSJ akan terus membawa isu ini kepada pihak berkenaan agar mereka mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan memberikan perhatian yang lebih serius kepada isu ini agar ancaman banjir ini dapat dibendung dan dikawal. - JKP24MPSJ
No comments:
Post a Comment