Pihak JKP telah berjaya menganjurkan sambutan Pesta Ponggal di Pangsapuri Anggerik, Serdang Lama pada Ahad, 16 Jan 2011. Pesta telah dimulakan dengan masakan Ponggal oleh sekumpulan kaum wanita yang mula membuat persediaan sejak awal pagi lagi. Masakan Ponggal merupakan aktiviti tradisional orang-orang India sejak dulu lagi selepas musim menuai.
Pemenang-pemenang hadiah dengan YB Teo dan dif-dif kehormat
Perkataan Ponggal membawa makna mendidih sehingga melimpah keluar apabila memasak nasi susu dalam periuk tanah liat. Antara ramuan yang digunakan untuk masakan ini ialah beras, susu, buah gajus, buah kismis dan gula merah.
Peserta sedang memasak Ponggal
Selain dari kaum wanita yang begitu riang dan sukahati dengan aktiviti masakan Ponggal, kanak-kanak juga amat gembira sekali kerana dapat mengambil bahagian dalam beberapa permainan kanak-kanak. Pihak penganjur telah menyediakan hadiah kepada semua pemenang dan peserta.
Ahli Majlis MPSJ Loka Ng Sai Kai menghadiahkan coklat kepada kanak-kanak yang hadir
Acara menarik pada penghujung program ialah pertandingan memecah periuk untuk kaum wanita dan lelaki.
Ahli Majlis Loka SK Ng bersama semua peserta masakan Ponggal
Dua peserta menjamu nasi susu yang dimasak mereka
Kanak-kanak yang riang ria semasa Pesta Ponggal
Tiup, tiup, tiup sampai letup!
Mencari-cari periuk tetapi tidak mengena.
Ku dapat carimu akhirnya periuk, akanku pecahkan.
Boom! Aku berjaya. Hadiah menanti untuk pemenang ni
Selamat menyambut Hari Ponggal - YB Teo
Wakil penganjur, Gopal menyampaikan hadiah kepada pemenang
Ahli Majlis MPSJ Ng Sze Han menyampaikan hadiah kepada pemenang
Ketua Kampung Serdang menyampaikan hadiah
Di antara tetamu kehormat yang hadir sama meraikan sambutan Ponggal ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Ketua Kampung Serdang, Ahli-ahli Majlis MPSJ Ng Sze Han dan Loka Ng Sai Kai yang juga merupakan Pengerusi JKP Zon 24 yang menganjurkan program kali ini. - JKP24MPSJ
Ahli Majlis Loka SK Ng mengucapkan tahniah kepada peserta memasak Ponggal
YB Teo menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memecah periuk